Pil Herba Maharani - Beijing Te Zhi Bai Feng Wan


Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Apakah ramuan yang terkandung dalam Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Apakah kesan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Adakah pengambilan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan akan menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan oleh badan.

Siapakah yang perlu mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.

Bolehkah ibu mengandung mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.

Bolehkah kanak-kanak mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan.

Harga = RM65 sekotak (tidak termasuk pos)


hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Mineral Coffee


Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

RAMUAN UTAMA
1. Kopi Robusta
2. Garam Buluh

KEBERKESANAN
~Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
~Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
~Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
~Melegakan tekanan.

CARA PENGAMBILAN
Bancuhkan sebungkus Hai-O Mineral Coffee dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata.

hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


COZUMA™ - Bedak Asas Kompak BB CREAM SPF 25 PA+++



KULIT SEMPURNA DAN SEHALUS SUTERA – KEMASAN HEBAT – KEKAL PUSAM BERJAM-JAM LAMANYA

Bedak asas kompak BB Cream ringan dari COZUMATM difomulasikan dengan adunan eksklusif ramuan semulajadi untuk menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang roma lalu mengembalikan keserian dan kemulusan kulit wajah.

Kulit akan kelihatan segar, halus dan berseri.

~ KULIT CANTIK TANPA CELA, SEHALUS SUTERA: Teknologi eksklusif dari Jepun dengan formulasi kompak 'krim ke bedak' yang dapat menghalus dan menyerikan semua jenis kulit.

~ KULIT HALUS BERSERI: Ramuan semula jadi yang diadun sempurna untuk menjadikan kulit wajah mulus dan tanpa cela.

~ KEKAL PUSAM SEMULAJADI SELAMA BEBERAPA JAM: Sekurang-kurangnya 10 jam wajah tanpa kilauan dengan tekstur ringan yang hebat.

~ BEKAS KOMPAK YANG KEDAP UDARA


hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Luminez+


Luminez+ menggabungkan teknologi terkini dalam inovasi penjagaan kulit dengan hanya menggunakan bahan-bahan istimewa untuk kulit yang halus, lembut dan berseri.

Luminez+ adalah kemajuan besar di dalam siri penjagaan kulit untuk memberikan anda satu pengalaman kulit sempurna yang tidak dapat dilupakan.


TEKSTUR LEMBUT & HALUS
Teknologi nano-liposom membenarkan rumusan perlindungan kulit untuk meresap masuk kedalam kulit. Kulit diperbaharui lalu menjadikannya cantik berseri.

Asas yang tidak berminyak, diperbuat daripada bi-fasa air-minyak untuk meminimumkan ketidakselesaan kulit.

Teknologi nano-liposom untuk memberikan penyerapan yang pantas dan sampai secara terus ke dalam kulit.

TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA
Tanpa hidrokinon
Tanpa Paraben
Tanpa Minyak Mineral
Tidak diuji ke atas haiwan
Tidak komedogenik
Tanpa Laurel Sulfat (SLS)

RAMUAN HEBAT
Diformulasi dengan ekstrak tumbuhan yang kaya dengan nutrien dan perlindungan antioksidan, formula hebat ini memelihara kulit anda dan ianya amat berkesan.

SIRI PENCERAHAN KULIT LUMINEZTM : Penemuan kehebatan ekstrak akar Dioscorea villosa   
SIRI PENCERAHAN KULIT Luminez+ diformulasi untuk membantu mendapatkan tona kulit yang sekata dan mengurangkan kemunculan pigmentasi dengan dua cara:
1. Tona kulit sekata dan cerah dengan melambatkan pengeluaran melanin.
2. Meminimumkan kemunculan pigmentasi kulit yang sedia ada dengan mengurangkan kadar oksidasi melanin.



hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Bio~Ever Nano Cream


Bio~Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano seperti Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam (Dioscorea Villosa) dan Kacang Soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan merangsang sintesis kolagen. Wild Yam dan Kacang Soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.

Bagaimanakah Bio~Ever Nano Cream mempengaruhi badan kita?
Kacang soya dalam Bio~Ever Nano Cream mengandungi zat-zat semula jadi dan bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat berkesan dalam mengatasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam Bio~Ever Nano Cream pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme dan sistem saraf, di samping melambatkan penuaan organ-organ badan dan memelihara fungsi fisiologi badan. Selain itu, rumusan yang terkandung dalam Wild Yam (Dioscorea Villosa) dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar, seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan memperoleh badan yang sihat.

Bagaimanakah tahap penyerapan Bio~Ever Nano Cream?
Masa penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini, masa penyerapan akan dipercepatkan di mana ia hanya memerlukan 15 saat. Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan ke setiap kelenjar endokrin. Biasanya, Bio~Ever Nano Cream diserap dengan lebih cepat dalam tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.

Apakah cara penggunaan Bio~Ever Nano Cream?
1) PERINGKAT AWAL 
Cuba pada kulit dengan kuantiti yang sedikit, perhatikan sama ada berlakunya keadaan alergi. Sekiranya tiada, anda dicadangkan untuk menghabiskan sebotol dalam masa 6 hari. Untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam masa yang singkat. Namun sekiranya berlaku alergi, anda dinasihatkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam. Anda juga diingatkan untuk meminum air yang banyak, banyak bersenam dan mendapat rehat yang cukup.

2) TEMPOH PENJAGAAN
Ia bergantung pada keadaan individu sama ada untuk meningkatkan atau mengurangkan penggunaan Bio~Ever Nano Cream. Anda dicadangkan untuk menggunakannya setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ia sesuai untuk kegunaan jangka panjang dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.

Mengapakah kesan Bio~Ever Nano Cream lebih baik daripada ubat-ubatan lain sedangkan ia hanya disapu pada kulit? Adakah ia ubat?
Bio~Ever Nano Cream bukan ubat dan ia tidak mengandungi sebarang unsur ubat-ubatan. Ia menggunakan teknologi penyerapan di mana aloe vera digunakan untuk melembutkan keratin dan membuka liang-liang roma. Minyak kacang soya iaitu liposom yang mengandungi unsur-unsur diosgenin akan dihantar ke bahagian kulit diikuti dengan kitaran mikrovaskular yang akan menyelaraskan fungsi-fungsi badan. Maka, penggunaan Bio~Ever Nano Cream membawa kesan yang lebih baik di mana cara penggunaannya adalah berbeza dengan ubat-ubatan lain.

Adakah Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat?
Tidak. Kandungan utama Bio~Ever Nano Cream ialah kacang soya dan wild yam (Dioscorea Villosa) serta Vitamin E, pegaga (Centella Asiatica) dan aloe vera di mana kesemuanya terdiri daripada komponen makanan. Dioscorea Villosa ialah herba tradisional bergred tinggi yang boleh diaplikasi secara luaran. Bio~Ever Nano Cream yang dihasilkan dengan menggunakan rumusan aktif melalui teknologi tinggi ini memudahkan penggunaannya. Selain itu, ia merupakan produk penjagaan kulit yang dapat menyelaraskan fungsi fisiologi badan, namun ia bukanlah ubat. 

Adakah Bio~Ever Nano Cream harus digunakan secara berterusan? Sekiranya penggunaan dihentikan, adakah ia akan mengakibatkan keadaan kulit dan fungsi badan menjadi lebih teruk?
Bio~Ever Nano Cream kaya dengan hormon semula jadi yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, proses penuaan akan berlaku dengan cepat. Penggunaan Bio~Ever Nano Cream dapat membantu menyelaraskan sistem endokrin badan, mencegah dan melambatkan proses penuaan. Penuaan merupakan satu proses yang berlaku bersama-sama dengan usia kita. Berikutan dengan peningkatan usia, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat menyebabkan fungsi badan semakin lemah. Oleh itu, penggunaan Bio~Ever Nano Cream secara berterusan dapat memulihkan fungsi badan secara perlahan-lahan dan memelihara badan supaya berada dalam keadaan yang paling optimal. 

Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan menyebabkan badan terlalu bergantung kepada produk?
Tidak. Bio~Ever Nano Cream tidak akan menggantikan fungsi dalam sistem endokrin dan organ-organ badan. Ia menjaga keseimbangan kelenjar endokrin, membenarkan kelenjar dan organ badan mempunyai hormon yang mencukupi dan seterusnya memulihkan kesihatan badan seseorang. Fungsi Bio~Ever Nano Cream ialah menjaga kesihatan organ-organ badan, maka ia tidak akan menyebabkan masalah kebergantungan terhadap produk.

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan semasa kedatangan haid?
Boleh. Digalakkan untuk teruskan penggunaannya walaupun berlakunya ketidakselesaan. Bio~Ever Nano Cream juga sesuai digunakan oleh kaum wanita yang telah mengalami menopaus.

Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan mengakibatkan haid datang awal atau tertunda? 
Progesteron yang semula jadi akan menyelaras keadaan fisiologi badan kembali kepada normal. Dalam penyelarasan hormon pada peringkat awal, masa kedatangan haid mungkin akan mengalami perubahan disebabkan oleh keseimbangan hormon bagi setiap individu adalah berbeza, namun ia akan kembali normal selepas itu.

Adakah ibu yang sedang menyusu sesuai menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Para ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream kerana Dioscorea Villosa akan terus diserap oleh bayi melalui susu ibu. Ini akan menyebabkan gangguan dalam sistem pencernaan kerana sistem pencernaan bayi masih belum sempurna.

Sekiranya wujud masalah seperti gatal, kemerahan, sakit kepala, kentut, lecet dan lain-lain simptom yang tidak menyenangkan, adakah ia alergi atau kesan sampingan?
Segala simptom-simptom yang timbul selepas penggunaan Bio~Ever Nano Cream bukanlah alergi ataupun kesan sampingan. Ia merupakan reaksi yang timbul semasa proses detoksifikasi badan manusia dijalankan. Gunakannya secara berterusan. Segala simptom yang tidak menyenangkan akan hilang selepas proses penyelarasan badan dijalankan (berdasarkan fizikal seseorang, kira-kira 7 hari – satu bulan).

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kaum lelaki?
Boleh. Dioscorea Villosa dalam Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat tradisional bergred tinggi yang sesuai digunakan oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Ia dapat ditukar kepada hormon lelaki iaitu testosteron. Dioscorea Villosa bukan sahaja dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan testis malah dapat meningkatkan fungsi fisiologi badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih kuat.

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kanak-kanak?
Kanak-kanak yang belum memasuki peringkat akil baligh tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak perempuan yang telah mengalami haid pertama serta kanak-kanak lelaki yang telah mempunyai perubahan seksual dan suara yang jelas.


hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


BB Plus Colagen - rahsia cantik yang perlu dikongsi



Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.


hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Entri pengenalan

Saya dan suami sangat suka berniaga, kami tercari cari peluang berniaga yang sekaligus dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kami dan kehidupan kami. dan kami temui produk yang sangat bagus dan memberi impak yang sangat luar biasa apabila kami menggunakan nya..

Kami bukan berkongsi kerana kami adalah agen terlatih daripada hai-o marketing tapi ingin berkongsi dengan anda semua kehebatan produk produk daripada hai-o. kesemua produk adalah produk yang tidak mengandungi bahan tambahan yang boleh merosakkan organ dalaman dan luaran manusia. 

Tidak terhad kepada manusia sahaja, pihak syarikat juga peka kepada persekitaran dan kenderaan. anda boleh dapatkan semua kelengkapan anda di kedai kami ini.

Nanti kan update seterusnya daripada kami ye ;)

 by Beauty 4 All

Aida | Faiz
012-2747640 | 0176900566
putericomel1@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...