Showing posts with label Info am. Show all posts
Showing posts with label Info am. Show all posts

BUAH MARKISA BAGUS UNTUK PESAKIT SARAF

BUAH MARKISA BAGUS UNTUK PESAKIT SARAF

Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. Ia sangat kaya dengan vitamin vitamins A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%) , dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji. 



Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-syuran yang lain.

Sangat baik untuk pesakit yang mengalami masalah saraf.

(Sumber: USDA National Nutrient data base)


hubungi untuk harga special setiap produk

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. b) Bersin i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG. c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat i) Sistem penghadaman yang lemah. ii) Perut mengandungi angin. iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism). iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. b) MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah. b) Sistem saraf otak yang lemah. c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis


hubungi untuk harga special setiap produk

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Rawatan Alternatif untuk pesakit darah tinggi

Info ini saya dapat daripada facebook. Bagus ni untuk sesiapa yang ada penyakit darah tinggi, boleh lah cuba cuba, tapi mungkin tak semua orang suka makan cincau kan? huhuhu.....


Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.

Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau

Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.

Selamat mencuba!! "

p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau;D


hubungi untuk harga special setiap produk kami

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Cara-Cara Mencuci Premium Beautiful

rajah di atas ni adalah cara cara macam mana nak mencuci premium beautiful dengan betul. jangan lupa cuci menggunakan Premium Beautiful Natural Wash tau. barulah korset kita terjaga. 

Harga : RM42 (tahan 4 bulan jika guna hari-hari)

Premium Beautiful Natural Wash diberi percuma dengan pembelian 1 set Premium Beautiful. 
Jangan lepaskan peluang ini. 

hubungi untuk harga lebih special

Aida
012-2747640 


Buntu semasa menjalankan perniagaan? Baca sehingga habis

Nak tahu? Cabaran paling hebat dalam bisnes MLM bukanlah prospe-potensi atau biz-partner tetapi BUNTU...tak tahu nak buat apa...tiada ide...malah setengahnya UPLINE pun menghadapi situasi sama ...BUNTU atau orang pakai "BLUR". Jadi kalau tanya saya, apakah jawapannya dan macam-mana nak bertindak? Senang aje, iaitu...



JAWAPANNYA?  BACALAH...ingat bagaimana Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama?  IQRA...(Bacalah).  Jadi untuk menjadi usahawan cemerlang, dan sentiasa memiliki ide-ide terbaik yang dilontarkan (bukannya, terlampau banyak ide tetapi celaru, tiada sumber pegangannya, biz-partner menjadi keliru, pening, huru-hara dan akhirnya menarik diri dari bisnes), ianya merupakan proses.  Proses membina kecemerlangan pemimpin ini antaranya menjadikan BUKU sebagai instrumen untuk mempertingkatkan kualiti diri kepimpinan dan rangkaian.  Anda boleh membaca buku mengenai motivasi dan keusahawanan, pemimpin dan kepimpinan, bisnes MLM...dan ingat buku bukan sekadar koleksi tetapi hendaklah dimanfaatkan.  Dan tahu tak anda apabila BUNTU...jawapan terbaik ialah MEMBACA BUKU...pasti anda akan bertemu dengan jawapan.  Apa dia? Semasa membaca atau setelah membaca anda akan didatangi ide-ide hasil dari pembacaaan, hasilnya anda akan dapat berfikir secara kreatif, oooohhhh teknik ini yang sepatutnya aku buat...tapi belum pernah buat, dah tahu kadang tak laksanakan,...atau dulu dah buat sekarang tak buat (back to basic), ...laaaa rupanya simple aje jawapan kepada KEBUNTUAN.  Maka disitulah anda akan mendapat IDE dan apa tunggu lagi, BUATLAH...jangan fikir lagi...bertindak menyelesaikan kebuntuan anda.  Tak percaya? Ikut cakap saya kerana saya memiliki pengalaman terbaik mengenainya dan anda pasti tidak akan kekeringan ide-ide bisnes hebat.  

Ingat, apabila kita menceburi sesuatu bidang...maka cintailah apa yang kita buat dan berkorbanlah bahawa ilmu pengetahuan wajib menjadi asas kepada apa sahaja tindakan dan digabung-jalinkan dengan kaedah berfikir, bertindak dan terbentuknya pengalaman. Nak kukuh lagi, anda wajib sentiasa mengadakan pertemuan, perbincangan dengan biz-partner untuk mewujudkan suatu ide bersama dan percambahan pemikiran.  Sebab itu, saya berpendapat bisnes MLM adalah seni bisnes terhebat, kerana melaluinya anda akan melalui proses hebat iaitu menjadi usahawan, pemimpin-usahawan, berpendapatan tinggi, jutawan dan terbentuknya multi-jutawan, anda buat anda dapat.
Saya sendiri memiliki beratus-ratus koleksi buku yang mungkin tiada di Malaysia, kerana saya biasa mendapatkannnya di Indonesia dan sesetengah negara yang dilawati.  Jangan lupa kalau ke Jakarta atau Medan, jom dapatkan koleksi buku yang akan membantu kita dalam bisnes dan kehidupan.  Ingat tradisi ilmu amat penting dalam kehidupan, DAN andainya anda memerlukan bantuan mengenai bahan bacaan bisnes, anda boleh mendapatkan nasihat dari saya...JOM JADI USAHAWAN berilmu bukan untuk diri tetapi untuk seluruh RANGKAIAN.  Ilmu penting kalau tidak anda akan berada dalam kesesatan bisnes.  Inilah yang dinamakan OPEN UNIVERSITI Hai-O kerana kita sentiasa belajar untuk meningkatkan kualiti dan martabat diri, hebatkan anda sekiranya KAYA dengan ilmu (dipandang tinggi) dan KAYA dengan REZEKI (wajib kaya), kita menikmati SYURGA DUNIA dan insyallah, SYURGA DI AKHIRAT adalah MILIK kita.  


Saya petik kata kata di atas ini daripada super mentor saya; Haji Jamsari Bin Mokhtar, seorang usahawan MLM, mentor berjiwa besar dan sangat down-to-earth peribadinya. 

Jangan salahkan MLM, salahkan mereka yang membuatkan MLM dipandang hina dengan etika yang tidak dipatuhi. 


hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al- Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al- Waaqi'ah 56:37) 

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Jom kita amalkan


hubungi kami untuk harga special setiap produk

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Wanita dilarang memakan timun apabila...



Jangan makan timun disaat HAID,
kerana boleh menyebabkan darah HAID
melekat di dinding rahim,setelah 5-10 hari
dapat menyebab KETUMBUHAN & CANCER RAHIM

kepada penggemar timun, hati hati cik salmah... hehehehee....


hubungi untuk harga special setiap produk kami

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...