Buntu semasa menjalankan perniagaan? Baca sehingga habis

Nak tahu? Cabaran paling hebat dalam bisnes MLM bukanlah prospe-potensi atau biz-partner tetapi BUNTU...tak tahu nak buat apa...tiada ide...malah setengahnya UPLINE pun menghadapi situasi sama ...BUNTU atau orang pakai "BLUR". Jadi kalau tanya saya, apakah jawapannya dan macam-mana nak bertindak? Senang aje, iaitu...



JAWAPANNYA?  BACALAH...ingat bagaimana Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama?  IQRA...(Bacalah).  Jadi untuk menjadi usahawan cemerlang, dan sentiasa memiliki ide-ide terbaik yang dilontarkan (bukannya, terlampau banyak ide tetapi celaru, tiada sumber pegangannya, biz-partner menjadi keliru, pening, huru-hara dan akhirnya menarik diri dari bisnes), ianya merupakan proses.  Proses membina kecemerlangan pemimpin ini antaranya menjadikan BUKU sebagai instrumen untuk mempertingkatkan kualiti diri kepimpinan dan rangkaian.  Anda boleh membaca buku mengenai motivasi dan keusahawanan, pemimpin dan kepimpinan, bisnes MLM...dan ingat buku bukan sekadar koleksi tetapi hendaklah dimanfaatkan.  Dan tahu tak anda apabila BUNTU...jawapan terbaik ialah MEMBACA BUKU...pasti anda akan bertemu dengan jawapan.  Apa dia? Semasa membaca atau setelah membaca anda akan didatangi ide-ide hasil dari pembacaaan, hasilnya anda akan dapat berfikir secara kreatif, oooohhhh teknik ini yang sepatutnya aku buat...tapi belum pernah buat, dah tahu kadang tak laksanakan,...atau dulu dah buat sekarang tak buat (back to basic), ...laaaa rupanya simple aje jawapan kepada KEBUNTUAN.  Maka disitulah anda akan mendapat IDE dan apa tunggu lagi, BUATLAH...jangan fikir lagi...bertindak menyelesaikan kebuntuan anda.  Tak percaya? Ikut cakap saya kerana saya memiliki pengalaman terbaik mengenainya dan anda pasti tidak akan kekeringan ide-ide bisnes hebat.  

Ingat, apabila kita menceburi sesuatu bidang...maka cintailah apa yang kita buat dan berkorbanlah bahawa ilmu pengetahuan wajib menjadi asas kepada apa sahaja tindakan dan digabung-jalinkan dengan kaedah berfikir, bertindak dan terbentuknya pengalaman. Nak kukuh lagi, anda wajib sentiasa mengadakan pertemuan, perbincangan dengan biz-partner untuk mewujudkan suatu ide bersama dan percambahan pemikiran.  Sebab itu, saya berpendapat bisnes MLM adalah seni bisnes terhebat, kerana melaluinya anda akan melalui proses hebat iaitu menjadi usahawan, pemimpin-usahawan, berpendapatan tinggi, jutawan dan terbentuknya multi-jutawan, anda buat anda dapat.
Saya sendiri memiliki beratus-ratus koleksi buku yang mungkin tiada di Malaysia, kerana saya biasa mendapatkannnya di Indonesia dan sesetengah negara yang dilawati.  Jangan lupa kalau ke Jakarta atau Medan, jom dapatkan koleksi buku yang akan membantu kita dalam bisnes dan kehidupan.  Ingat tradisi ilmu amat penting dalam kehidupan, DAN andainya anda memerlukan bantuan mengenai bahan bacaan bisnes, anda boleh mendapatkan nasihat dari saya...JOM JADI USAHAWAN berilmu bukan untuk diri tetapi untuk seluruh RANGKAIAN.  Ilmu penting kalau tidak anda akan berada dalam kesesatan bisnes.  Inilah yang dinamakan OPEN UNIVERSITI Hai-O kerana kita sentiasa belajar untuk meningkatkan kualiti dan martabat diri, hebatkan anda sekiranya KAYA dengan ilmu (dipandang tinggi) dan KAYA dengan REZEKI (wajib kaya), kita menikmati SYURGA DUNIA dan insyallah, SYURGA DI AKHIRAT adalah MILIK kita.  


Saya petik kata kata di atas ini daripada super mentor saya; Haji Jamsari Bin Mokhtar, seorang usahawan MLM, mentor berjiwa besar dan sangat down-to-earth peribadinya. 

Jangan salahkan MLM, salahkan mereka yang membuatkan MLM dipandang hina dengan etika yang tidak dipatuhi. 


hubungi untuk harga special

Aida | Faiz 
012-2747640 | 0176900566 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...